Ahad, 5 Julai 2009

MARHABAN

Salam..

Marhaban ya marhaban..marhaban ya marhaban..ye itulah alunan yang biasa didengari apabila majlis marhaban dilakukan..si anak kecil yang dirai pula diletak ditengah-tengah untuk didengarkan dengan alunan-alunan nasyid memuji-Nya.kemudian anak kecil tadi didakap lembut oleh bapa dan didukung dengan kasih sayang mengelilingi kumpulan wanita marhaban sambil kepala anak kecil itu disentuh lembut untuk merestuinya.ibunya yang pengasih tidak tinggal untuk ikut serta dibelakang bapa sambil tersenyum lembut dan berterima kasih.setelah mengelilingi majlis sebanyak 3 kali bermulalah acara memotong rambut anak kecil yang diraikan itu.si anak kecil yang tertidur sesekali terjaga akibat terganggu dengan suara-suara disekelilingya.indah sekali rengekkannye pada masa itu.dengan pipi yang tembam itu jelas kecomelan itu terserlah.satu persatu ahli kumpulan marhaban wanita itu merenjis dan mengunting rambut si anak kecil sambil mulut tidak berhenti-henti melaungkan nasyid marhaban. akhir sekali bacaan doa dibacakan bagi mengakhiri majlis marhaban dan kesudian tetamu yang hadir berbesar hati dijamu dengan hidangan lauk pauk yang lazat.begitulah hebat dan indahnya majlis yang dinamakan marhaban.








Tiada ulasan: