Khamis, 18 Februari 2010

SATU PENDAKIAN

Salam..

SYUKURLAH! salah satu impian lama telah dapat dicapai iaitu mendaki gunung kinabalu..untuk diri saya, ianya menjadi pencapaian yang amat-amat membanggakan kerana keperitan, kepenatan, kesakitan dan kesengsaraan dapat diatasi dan ianya juga menjadi kenangan indah dan teramat manis kerana dapat menikmati keindahan dan kecantikan panorama alam yang terdapat disana. ada masa aku tiba2 menangis kerana tidak tahan dengan kesukaran dan kesejukan yang perlu ditempuh dan dilalui untuk sampai kepuncaknya..dan aku rasa, bukan aku saja yang menangis tetapi mungkin juga orang lain yang begitu..dan banyak berdoa kepada ALLAH meminta agar kesukaran itu dapat dikurang dan semoga tabah mengharungi perjalanan ke puncaknya.


Ya!pendakian ini mengajar aku erti sesuatu dalam kehidupan dan lebih mengetahui tentang diri sendiri dari sebelum ini..aku adalah aku diri aku sendiri!..aku rasa seronok sekali dan ini bukan pendakian yang terakhir bagi diri aku..mungkin ada pendakian yang seterusnya..aminnn..







saya turut gembira dengan rakan2 yang ikut serta..mereka juga amat tabah menghabiskan pendakian itu. masing2 cuba tidak menunjukkan semangat putus asanya sedangkan aku tau masing2 dah pancit dan sakit2 kaki. malahan,masing2 bagi semangat untuk sama2 sampai keatas sana.

*yes, kita berjaya gengg!congrat!