Khamis, 21 Mei 2009
CINDUNG
kat kedai makan
pelayan:"minum?"
kawan:"cincau bandung"
pelayan sambil mata pandang ke arah saya
saya:"bagi saya air 'CINDUNG'.alamak cindung plk!<--malu nih!.mmm cincau bandung jgklah"<--sambil tersipu2 malu
tapi kan, boleh hape shortform kan CINCAU BANDUNG = CINDUNG
KANN DARI TERSASUL BLH WUJUD PERKATAAN BARU GITUH!TERROR AKU!
Ahad, 17 Mei 2009
VERMICELLI CURRY NOODLE
semalam pegi la makan kt secret recipe tu.ader la org tu order la laksa curry dia.laksa?! bukann.mee kari lerr sbnrnye..ooo..pastu masa dia makan tak habis2 puji sedap2.kuah dia pekat la..mee dia pakai spagetti laa..ish mamat ni nk je kasi lempang.ader aku kesah sedap!haha.aku pandang sebelah mate jer tapi terliur jgk nih..huhu.aku plk ape klas makan mee kari kt kedai2 nie.aku kan pandai masak sendiri..tu diah kekwat!.meh sini tgk abang ko masak..ko tak payahla nak bayar mahal2 semato2 nak makan mee kari jo.tgk la gmbar ni jo kalau ko tak percayo..hahahaha
*jangan lupa plk taruk kuahnye skali.opss dah tggl sikit lah sbb ni ulang kali kedua*
hehe.puji diri sendiri.ok per.ader aku kesah!sonang jolah masak mee kari nie..cuba try buek.kalau tak menjadi try laei yooo.sampai la jadi.kalau tak menjadi jgk, ha apo laie pi la makan kek kodai tu ha.sediokan duit banyak2 bayar jo..sonang jgk kan?
p/s:boto sodap den masak.sumpah!
PULAU GAYA
Best semalam pegi pulau gaya.banyak org luar yg 'mengong' kate pulau ni merbahaya.bagi aku cmni 'oi mane ko tau pulau tu bahaya?!ko dh pegi ke?!tulah asyik dgr crite org jer.baik ko pegi sendiri tgk!pastu baru ko boleh kate pulau tu bahaya ke tak!cit ape la ini org.over takut sgt!'lain la kalau pegi palestine dan israel sane yg tgh berperang..aku pun was-was nk pegi..huhu
anggapan aku lain yer.dalam hati, aku rasa pulau gaya tidak lah merbahaya seperti yang disangkakan.ini kerana gaya masyarakatnye telah banyak berubah.masyarakat mereka telah menerima pendidikan rendah dan menengah yang baik. sudah tentu penduduk pulau gaya terdidik dgn sebaik-baiknya seterusnya berfikir untuk menolak segala bentuk mak nenek kegiatan jenayah yang berlaku di sekililing mereka.antara mereka ader juga yg bencikan kekejaman dan ingin hidup aman dan damai di pulau itu.
lihat pula bilangan anak muda yg sambung belajar ke peringkat tinggi.peningkatan itu mendadak sekali.di dalam kelas cuba tanya2kan dari manakah asalnya pelajar anda.dan saya pasti salah sorang dari mereka itu datangnya dari pulau gaya.tidak semuanyalah selepas tamat sekolah akan menjadi seorang nelayan sahaja tetapi akan ada yg akan menjadi engineer, lawyer dan doktor dikalangan mereka satu hari nnt..
so masihkan anda takut untuk pegi melihat2 ke pulau gaya?oh janganlah..pulau ini ader permata tersendiri yg perlu anda selidiki iaitu dari segi ragam penduduk2nya, binaan rumah2nya, bentuk tanah2nya, pasir2 pantainya dan banyak lagi.jika anda seorang yang mencari pengalaman2 baru jangan lepaskan peluang untuk datang ke pulau gaya.seperti saya nnt, kedatangan anda ke pulau gaya akan menjadi satu momen yg terindah di sepanjang hayat anda..sungguh hebat!
Isnin, 11 Mei 2009
SELAMAT HARI IBU MAK!
Mak,cekodok mak buat mmg sedap.dari dulu sampai sekarang.rasa tetap same jer.dulu kecik2 sarapan mmg selalu cekodok kan mak?!huhu..cekodok cekodok cekodok..kalau buat cekodok sendiri kt sini makan mesti teringat kat mak.mak, kenapa masa sekolah2 rendah dulu selalu buat cekodok je masa sarapan?ajam dh ader jawapannye mak..pasal ajam pun selalu buat cekodok jgk kt sini..orang dulu2 susah2 kan mak?kita plk adek beradik ramai kan mak?cekodok tu dah terbaik buat kita kan mak?ke cekodok paling senang nk buat mak?!ampun mak!mak ajam x kesah makan cekodok mak sampai bila2 pun!mak goreng macammane pun ajam tetap makan jgk.ajam makan sampai cekodok sepinggan yg masak tu sampai abis mak..mak dgn cekodok mak goreng mmg best in the world mak!
Mak, tabahkan hati ye bila ditimpa kesusahan.berdoa banyak pada Allah ye mak.mintak keluarga kita sentiasa hidup dalam aman dan damai.ketahuilah mak, keluarga yg tiada masalah langsung memang tak wujud kt dunia ni mak.semua org ader masalah kan mak.jadi jangan lah mak terlalu memendam rasa dan susah hati.kuatkanlah semangat mak mendidik kami sampai ke akhir hayat mak.didiklah kami mak.sayangi la kami mak.ampunkan la dosa2 kami mak.nasihatkan lah kami mak.mak, kami mmg anak yg sentiasa melawan kate2 mak.maafkan kami mak.
MAK, KASIH DAN SAYANGMU TIDAK DAPAT DIBALAS.HANYA DOA YANG KAMI DAPAT PANJATKAN KEPADA ALLAH SUPAYA MAK HIDUP BAHAGIA DIDUNIA DAN DIAKHIRAT JUA.AMINN..
Ahad, 3 Mei 2009
CUACA SEJUK
Ya Allah baru jekan wish nk pegi ke tempat2 sejuk coz lately cuaca panas memanjang.dan tetiba dah pegi pun ni hah..so tq to Allah because realised my wishes<--amboi byknye permintaan kan..huhu
*cangkung posing becoz kaki oredi lenguh2 ye..hehe*
Jumaat, 1 Mei 2009
CUACA PANAS
Ok baca ni dulu..
Matahari tepat atas tropika punca cuaca panas
KUALA LUMPUR 29 April - Jabatan Meteorologi menjelaskan, keadaan cuaca panas dengan suhu tertinggi 36 darjah Celsius sepanjang bulan ini berikutan musim peralihan monsun.Pada masa yang sama, orang ramai diminta supaya lebih berhati-hati dalam melakukan aktiviti di luar di samping minum lebih banyak air bagi mengelak masalah kekurangan air dalam badan.
Kenyataan jabatan itu di sini hari ini memberitahu, sepanjang musim yang berlaku pada setiap April tersebut, kebiasaannya cuaca panas pada sebelah pagi tetapi hujan dan ribut petir ketika lewat petang dan malam.Menurutnya, berdasarkan bacaan yang direkodkan dari 1 April sehingga semalam di 40 stesen meteorologi, terdapat hari-hari yang menunjukkan beberapa stesen mencatatkan suhu maksimum.
Tambah kenyataan itu, suhu tertinggi direkodkan ialah 36.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Petaling Jaya pada 17 dan 18 April lalu.''Keadaan cuaca panas dan kering dari pertengahan April disebabkan perubahan tiupan arah angin dari timur ke barat.''Kedudukan matahari yang tepat dalam kawasan tropika menyebabkan suhu menjadi panas pada hari-hari tiada hujan,'' tambah kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, suhu tertinggi yang pernah direkodkan sejak 1968 ialah 40.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Chuping pada 9 April 1998, iaitu pada tahun berlakunya fenomena El Nino.Jabatan itu juga memberitahu, mulai Mei hingga September ini, negara akan mengalami Monsun Barat Daya yang mana lazimnya cuaca lebih kering berbanding bulan-bulan lain tetapi dengan suhu normal antara 30.7 dan 34.1 darjah Celsius.
Sejak kebelakangan ni cuaca panas sgt.kipas2 kt umah bekerja keras skrg ni.huhu, sian ko kipas.ape boleh buat,dh keje ko kan.bila dh panas ni macam2 dipikir kan.nak pegi situ lah,nak pegi sinilah..jd alangkah indah nyer kalau dpt pegi tempat2 nie skrg..hope wish come true gitu.p/s: mandi jolah kek bilik air ko sendiri..x payah poei jauh2
1 MEI 2009
Bestnyo cuti.blh bangun lmbt.huhu.pagi tadi hujan turun sederhana lebat.okla sbb dh lama tak hujan.panasnye bumi sekarang ni.nasib baik hujan turun pagi td.memang berkat dan rezeki sgt kepada makhluk2 smua.kepada smua pekerja2 yg bekerja di mana2 sahaja SELAMAT HARI BURUH 2009..mercun2<--u deserved it..jadi cuti2 nak tgk wayang kt 1borneo crita wolfverine.tiket dh beli dh.jom layan.
p/s:kenapa cuti sehari je..knp tak 5 hari ke..huhu